Monday, January 18, 2010

20 september 1994

tidak cukupkah
tanda kata yang diutus
bicara salam yang terungkap
atau sebenarnya
kau mahu aku mencatat
sejarah ini atas
prasasti yang indah lestari
agar satu kurun nanti
tatkala terungkap setelah
ditelan bumi
oleh zuriat yang tidak
kita kenali
bahawa rasa rahsiaku padamu
ini
telah kau terima?

No comments:

Post a Comment